Pelancongan

Singapura ialah sebuah destinasi popular yang menyumbang kepada perkembangan industri Singapura. Jumlah kedatangan pelawat adalah 10.2 juta pada tahun 2007. Untuk menarik lebih ramai lagi pelancong, kerajaan memutuskan untuk menarik balik larangan berjudi dan membenarkan pembinaan dua tempat penginapan kasino yang dibangunkan di Marina South dan Sentosa pada tahun 2005.

Untuk menyaingi bandaraya-bandaraya serantau seperti Bangkok, Hong Kong, Tokyo dan Shanghai, kerajaan telah mengumumkan bahawa kawasan bandaraya diberi perubahan untuk menjadi sebuah tempat yang mengujakan dengan mencerahkan lagi bangunan awam dan perdagangan. Makanan juga dijadikan tarikan utama kepada pelancong dengan Singapore Food Festival yang diadakan setiap bulan Julai untuk meraikan masakan Singapura.

Singapura turut mempromosikan diri sebagai pusat pelancongan perubatan; kira-kira 200,000 warga asing menerima jagaan perubatan di sini setiap tahun. Perkhidmatan perubatan Singapura berazam untuk memberikan khidmat kepada sejuta orang pesakit menjelang tahun 2012 untuk menjana pendapatan AS$ 3 bilion. Kerajaan menyatakan bahawa ini boleh membuka kira-kira 13,000 peluang pekerjaan baru dalam industri kesihatan.

0 comments:

Post a Comment