Mata Wang

Mata wang Singapura ialah dolar Singapura yang dilambangkan oleh S$ atau singkatan ISO-nya, SGD. Bank pusatnya ialah Penguasa Kewangan Singapura (Monetary Authority of Singapore) yang bertanggungjawab mengeluarkan mata wang. Singapura menubuhkan Lembaga Pesuruhjaya Mata Wang pada tahun 1967 untuk mengeluarkan wang syiling dan kertas pertamanya.

Dolar Singapura boleh ditukar setara dengan ringgit Malaysia sehingga tahunl 1973, tetapi masih mengekalkan kesalingbolehtukaran dengan dolar Brunei hingga kini. Pada 27 Jun 2007, sempena ulang tahun ke-40 perjanjian mata wang dengan Brunei, wang kertas peringatan S$20 dilancarkan; muka belakangnya seiras dengan wang kertas B$20 yang dilancarkan serentak dengan wang kertas Singapura itu

0 comments:

Post a Comment