Media

MediaCorp, syarikat media milik negara, mengendali ketujuh-tujuh saluran televisyen terestrial percuma tempatan, dan juga 14 saluran radio. Semua stesen radio dan televisyen merupakan entiti milik kerajaan. Stesen-stesen radionya dikendali oleh MediaCorp kecuali empat buah yang dikendali oleh SAFRA Radio dan SPH UnionWorks.

Perkhidmatan televisyen berbayar kabel dan IPTV dimiliki oleh StarHub dan SingTel. Adalah salah di sisi undang-undang untuk memiliki penerima cakera satelit persendirian yang mampu menerima kandungan televisyen yang tak tertapis. Media cetak Singapura merangkumi sejumlah 16 surat khabar dan beberapa judul majalah yang berada di pasaran.

Akhbar harian diterbitkan dalam bahasa Inggeris, Cina, Melayu dan Tamil. Media cetak dikuasai oleh Singapore Press Holdings (SPH), penerbit berkaitan kerajaan yang terkenal sebagai pengeluar akhbar bahasa Inggeris harian terbesar, The Straits Times. SPH menerbitkan hampir semua suratkhabar harian tempatan, termasuk akhbar harian dwibahasa, My Paper yang diwar-warkan sebagai akhbar pertama di dunia yang memberikan liputan sama rata dalam bahasa Inggeris dan Cina. Kebanyakan akhbar ini ada versi Internetnya, tak kira The Straits Times, Business Times, mahupun Today (tabloid percuma dalam bahasa Inggeris terbitan MediaCorp).

0 comments:

Post a Comment