Geografi

Singapura terdiri daripada 63 pulau, termasuk sekali tanah besar Singapura. Pulau besar dikenali ramai sebagai Pulau Singapura (Singapore Island) tetapi nama rasminya ialah Pulau Ujong. Terdapat dua sambungan buatan manusia ke negeri Johor, Malaysia, iaitu Tambak Johor-Singapura di utara, dan Laluan Kedua Tuas di barat. Pulau Jurong, Pulau Tekong, Pulau Ubin dan Sentosa merupakan pulau-pulau kecil terbesar di Singapura. Puncak semula jadi tertingginya ialah Bukit Timah pada aras 166 m (545 ka).

Singapura menjalankan projek penebusgunaan tanah yang diperoleh dari bukit-bukau, dasar laut, dan negara jiran. Hasilnya, keluasan daratan Singapura membesar dari 581.5 km2 (224.5 batu²) pada 1960-an, kepada 704 km2 (271.8 batu²) pada masa kini, dan mungkin menokok 100 km2 (38.6 batu²) lagi pada tahun 2030. Adakalanya, projek-projek sebegini melibatkan penggabungan pulau-pulau kecil secara penebusgunaan tanah untuk membentuk pulau yang lebih besar dan berguna, misalnya Pulau Jurong.

2 comments:

Unknown said...

So apa ibu negara singapura.Yang perenggan pertama, mesti kau ambil wikipedia bahasa melayu. haha dah agak dah

Unknown said...

mesti kau ambil wikipedia

Post a Comment