Sejarah
Posted by
ite-latejaevent
/
Comments: (0)
Catatan terawal mengenai petempatan di Singapura adalah dari abad ke-2 Masihi. Pulau ini merupakan kota kara kerajaan Srivijaya dari Sumatera dan pernah dikenali dengan nama Temasek (bandar laut) yang berasal dari bahasa Jawa. Dari abad ke-16 hingga awal abad ke-19, Singapura menjadi wilayah Kesultanan Johor. Pada tahun 1613, petempatan di muara Sungai Singapura dibakar hingga musnah oleh penyerang Portugis, dan dibiarkan begitu sahaja selama dua abad seterusnya.
Pada 29 Januari 1819, Thomas Stamford Raffles mendarat di pulau utama Singapura. Setelah melihat potensinya sebagai pusat perdagangan strategik di Asia Tenggara, Raffles menandatangani perjanjian bersama Sultan Hussein Shah bagi pihak Syarikat Hindia Timur British pada 6 Februari 1819 untuk membangunkan bahagian selatan Singapura sebagai pos perdagangan dan petempatan British.
Singapura kekal dalam penguasaan sebuah kesultanan Melayu, sehingga menjadi jajahan British pada 2 Ogos 1824, apabila John Crawfurd, residen kedua Singapura yang secara rasminya menjadikan seluruh pulau sebagai taklukan British dengan menandatangani perjanjian dengan Sultan Hussein Shah, yang mana Sultan dan Temenggung menyerahkan Singapura kepada Syarikat Hindia Timur British. Pada tahun 1826, ia menjadi sebahagian jajahan British yang dikenali sebagai Negeri-negeri Selat.
Pada tahun 1869, pulau ini didiami oleh 100,000 orang. Bala Tentera Diraja Jepun berarak melalui pusat bandaraya Singapura setelah British menyerah kalah. Pada Perang Dunia Kedua, serangan Tentera Diraja Jepun terhadap Tanah Melayu, memuncak dengan Pertempuran Singapura. Pihak British ditumpaskan dalam masa enam hari, lalu menyerahkan kubu yang kononnya tak tertawan kepada Jeneral Tomoyuki Yamashita pada 15 Februari 1942.
Kejadian ini disifatkan oleh Perdana Menteri British, Winston Churchill sebagai "malapetaka terburuk dan penyerahan terbesar dalam sejarah British". Selepas kejatuhan Singapura, pembunuhan kaum Cina beramai-ramai oleh tentera Jepun meragut 5,000 – 25,000 nyawa. Singapura dinamai semula sebagai Pulau Syonan (昭南島 Shōnantō?), yang membawa maksud “pulau selatan yang diraih pada zaman Shōwa”. Singapura dikuasai oleh Jepun sehingga dirampas balik oleh British pada 12 September 1945, sebulan selepas penyerahan kalah Jepun.
Berikutan perang itu, kerajaan British membenarkan Singapura mengadakan pilihan raya umum pertamanya pada tahun 1955, yang dimenangi oleh calon pro-kemerdekaan, David Marshall, ketua parti Barisan Buruh yang menjadi Ketua Menteri. Demi memenuhi tuntutan pemerintahan sendiri sepenuhnya untuk Singapura, Marshall mengetuai perwakilan ke London, tetapi ditolak oleh British. Beliau meletak jawatan sekembalinya, lalu tempatnya diambil alih oleh Lim Yew Hock, yang melakarkan dasar-dasar yang menawan hati orang British.
Singapura diberi kerajaan sendiri sepenuhnya dengan perdana menteri dan jemaah menteri sendiri yang mentadbir segala hal-ehwal kerajaan kecuali pertahanan dan hubungan luar. Pilihan raya sekali lagi diadakan pada 30 Mei 1959, kali ini pula Parti Tindakan Rakyat menang besar. Akhirnya, Singapura menjadi sebuah negeri berkerajaan sendiri dalam Komanwel pada 3 Jun 1959, dengan Lee Kuan Yew mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pertamanya.Gabenor Singapura ketika itu, Sir William Allmond Codrington Goode, berkhidmat sebagai Yang di-Pertuan Negara pertama sehingga 3 Disember 1959, kemudian diganti oleh was Yusof bin Ishak yang tidak lama kemudian menjadi presiden pertama Singapura.
Singapura secara ekasisi mengisytiharkan kemerdekaan dari Britain pada Ogos 1963,sebelum menyertai Persekutuan Malaysia pada September bersama Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak kesan pungutan suara pergabungan Singapura pada tahun 1962. Singapura dikeluarkan dari Persekutuan dua tahun selepas terjadinya konflik ideologi yang hangat antara kerajaan negeri pimpinan PAP dan kerajaan persekutuan di Kuala Lumpur. Singapura secara rasminya mencapai kedaulatan pada 9 Ogos 1965.
Yusof bin Ishak mengangkat sumpah selaku Presiden, manakala Lee Kuan Yew menjadi perdana menteri pertama Republik Singapura. Pada tahun 1990, Goh Chok Tong mengganti Lee sebagai Perdana Menteri. Sepanjang tempoh jawatannya, negaranya berdepan dengan Krisis Kewangan Asia 1997, wabak SARS 2003, dan ancaman keganasan Jemaah Islamiyah. Pada tahun 2004, Lee Hsien Loong, anak sulung Lee Kuan Yew, menjadi perdana menteri ketiga. Antara keputusan terbesar yang diambilnya ialah rancangan membuka kasino untuk menarik pelancong.

Politik
Posted by
ite-latejaevent
/
Comments: (0)
Singapura ialah sebuah republik berparlimen yang mengamalkan parlimen ekadewan berlandaskan sistem Westminster, yang mewakili pelbagai kawasan pemilihan. Perlembagaan Singapura menetapkan demokrasi berperwakilan sebagai sistem politik negara.
Parti Tindakan Rakyat (PEITR atau PAP) berjaya menguasai Parlimen di setiap pilihan raya sejak negara mula memerintah sendiri pada tahun 1959. Sebahagian besar kuasa ekesekutif terletak pada kabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri. Jawatan Presiden Singapura yang asalnya berbentuk istiadat, diberi sedikit kuasa veto pada tahun 1991 untuk beberapa keputusan penting seperti penggunaan rizab negara dan pelantikan jawatan kehakiman.
Cabang perundangan kerajaan tak lain tak bukan Parlimen. Pilihan raya parlimen di Singapura berlandaskan pluraliti untuk kawasan pemilihan perwakilan berkumpulan sejak pindaan Akta Pilihan Raya Parlimen pada tahun 1991. Ahli-Ahli Parlimen (MP) terdiri daripada ahli-ahli yang terpilih, tanpa kawasan undi dan dicalon. Majoriti MP ini dipilih menerusi Pilihan Raya Umum berasaskan sistem pemenang undi terbanyak, dan mewakili Kawasan Ahli Tunggal (Single Member Constituencies, SMC) atau Perwakilan Berkumpulan (Group Representation Constituencies, GRC).
Singapura tekal menjaga maruahnya di antara negara yang paling kurang amalan rasuah di dunia oleh Transparency International. Sungguhpun diwarisi dari penjajahan Inggeris, dan banyak menerapkan unsur-unsur undang-undang am Inggeris, namun undang-undang Singapura nampaknya sudah menyimpang dari tradisi itu sejak merdeka. Misalnya, sistem perbicaraan juri dimansuhkan.
Antara undang-undang dan hukuman Singapura termasuk hukuman dera kehakiman dalam bentuk merotan untuk kesalahan seperti rogol, keganasan, rusuhan, salah guna dadah, perosakan harta awam, dan beberapa kesalahan imigresen. Singapura juga mengenakan hukuman mati mandatori untuk pembunuhan darjah pertama dan pengedaran dadah. Amnesty International menganggarkan bahawa Singapura mungkin mencatat “kadar hukuman mati berbanding jumlah penduduk terbesar di dunia”.Pihak kerajaan bertegas bahawa Singapura selaku negara berdaulat berhak untuk menentukan sistem kehakiman sendiri dan mengenakan hukuman yang setimpal seperti yang dirasainya

Geografi
Posted by
ite-latejaevent
/
Comments: (2)
Singapura terdiri daripada 63 pulau, termasuk sekali tanah besar Singapura. Pulau besar dikenali ramai sebagai Pulau Singapura (Singapore Island) tetapi nama rasminya ialah Pulau Ujong. Terdapat dua sambungan buatan manusia ke negeri Johor, Malaysia, iaitu Tambak Johor-Singapura di utara, dan Laluan Kedua Tuas di barat.
Pulau Jurong, Pulau Tekong, Pulau Ubin dan Sentosa merupakan pulau-pulau kecil terbesar di Singapura. Puncak semula jadi tertingginya ialah Bukit Timah pada aras 166 m (545 ka).
Singapura menjalankan projek penebusgunaan tanah yang diperoleh dari bukit-bukau, dasar laut, dan negara jiran. Hasilnya, keluasan daratan Singapura membesar dari 581.5 km2 (224.5 batu²) pada 1960-an, kepada 704 km2 (271.8 batu²) pada masa kini, dan mungkin menokok 100 km2 (38.6 batu²) lagi pada tahun 2030. Adakalanya, projek-projek sebegini melibatkan penggabungan pulau-pulau kecil secara penebusgunaan tanah untuk membentuk pulau yang lebih besar dan berguna, misalnya Pulau Jurong.

Iklim
Posted by
ite-latejaevent
/
Comments: (0)
Mengikut sistem pengelasan iklim Köppen, Singapura mengalami iklim iklim hutan hujan tropika tanpa peralihan musim yang ketara, suhu dan tekanan yang setara, kelembapan tinggi, dan curahan hujan yang lebat. Suhunya adalah di antara 22 hingga 34 °C (71.6 to 93.2 °F). Purata kelembapan relatifnya sekitar 90% pada waktu pagi dan 60% pada waktu petang. Ketika hujan lebat berpanjangan, kelembapan relatif sering mencapai 100%. Suhu terendah dan tertinggi yang tercatat sepanjang sejarah maritim adalah 19.4 °C (66.9 °F) dan 35.8 °C (96.4 °F).
Bulan Mei dan Jun paling panas sekali, manakala November dan Disember membentuk musim monsun tengkujuh. Dari bulan Ogos hingga Oktober, Singapura kerap mengalami jerebu kesan kebakaran hutan di negara jiran Indonesia, adakalanya cukup teruk untuk mengancam amaran kesihatan awam. Jangka waktu siang di Singapura lebih kurang sekata sepanjang tahun kerana kedudukan negara yang dekat dengan Khatulistiwa.
Kira-kira 23% kawasan darat Singapura terdiri daripada kawasan simpanan hutan dan alam semula jadi. Proses pembandaran telah menghapuskan kebanyakan kawasan hutan hujan, sehingga tinggal Hutan Simpanan Bukit Timah sebagai satu-satunya hutan asal di negara. Di Singapura terdapat sebilangan taman alam, seperti Taman Botanik Singapura.

Ekonomi
Posted by
ite-latejaevent
/
Comments: (0)
Singapura mengamalkan ekonomi pasaran yang cukup maju, yang selama ini berkisar pada perdagangan entrepôt yang luas. Di samping Hong Kong, Korea Selatan dan Taiwan, Singapura ialah salah satu daripada Empat Harimau Asia. Ekonominya amat bergantung pada eksport dan perhalusan barang import, terutamanya dalam bidang perkilangan, yang membentuk 26% KDNK Singapura pada tahun 2005, tetapi tidak dilupakan juga sumbangan besar dari sektor elektronik, penapisan petroleum, kimia, kejuruteraan mekanik dan sains bio-perubatan.
Pada tahun 2006, Singapura menghasilkan kira-kira 10% keluaran wafer faundri sedunia.[58] Singapura juga bertuah dengan salah sebuah pelabuhan tersibuk di dunia dan pusat perdagangan tukaran asing keempat terbesar di dunia, di belakang London, New York dan Tokyo. Singapura dinilai oleh World Bank sebagai pusat logistik terunggul di dunia. Singapura diletakkan dalam senarai sepuluh ekonomi paling terbuka,kompetitif dan inovatif di dunia.
Dinilai sebagai ekonomi yang paling mesra perniagaan di dunia,[65][66] Singapura menyambut beratus-ribu ekspatriat dari luar negara yang bekerja dalam syarikat multinasional, di samping mengambil kerja beratus-ribu lagi buruh kasar asing. Pemandangan Singapore Central Business District (CBD)Singapura memperkenalkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (Goods and Services Tax, GST) dengan kadar permulaan 3% pada 1 April 1994, untuk menambah S$1.6 bilion (US$1b, €800m) lagi kepada dana kerajaan, sekaligus menstabilkan kewangan kerajaan. Kadar GST yang boleh dicukai dinaikkan ke 4% pada tahun 2003, 5% pada tahun 2004, dan 7% pada 1 Julai 2007

Pengangkutan
Posted by
ite-latejaevent
/
Comments: (1)
Singapura ialah sebuah hab pengangkutan antarabangsa utama di Asia yang letaknya di persilangan laluan perdagangan laut dan udara.
Pelabuhan Singapura yang diurus oleh pengendali pelabuhan, PSA International dan Jurong Port, merupakan pelabuhan kedua tersibuk di dunia pada tahun 2005, dari segi jumlah berat hantaran pada 1.15 bilion tan kasar, dan dari segi lalu lintas berkontena pada 23.2 juta unit bersamaan dua puluh kaki (TEU).
Selain itu, Pelabuhan Singapura adalah yang tersibuk di dunia bagi lalu lintas pemunggahan, dan juga pusat pengisian semula bahan api kapal terbesar di dunia. Sebuah tren di Stesen MRT Eunos dalam sistem Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (MRT), satu daripada tiga laluan pengangkutan penumpang massa di Singapura. Singapura merupakan hab penerbangan untuk rantau Asia Tenggara dan sebuah perhentian di laluan Kanggaru di antara Australasia dan Eropah.
Lapangan Terbang Changi Singapura mempunyai serangkaian 80 sistem penerbangan yang menghubungkan Singapura dengan 200 bandaraya di 68 negara. Ia pernah dinilai sebagai salah sebuah lapangan terbang antarabangsa terbaik di dunia oleh majalah-majalah pelancongan antarabangsa, termasuk dinobatkan sebagai lapangan terbang terbaik buat julung kalinya pada tahun 2006 oleh Skytrax.
Kini, lapangan terbang ini ada tiga terminal penumpang, dan sebuah penumpang bajet yang memberi kemudahan kepada Tiger Airways dan Cebu Pacific. Sistem penerbangan negara ialah Singapore Airlines (SIA). Lapangan Terbang Changi diswastakan pada tahun 2009 dan kini milik mutlak Changi Airport Group. Prasarana pengangkutan domestik menyediakan sistem jalan raya yang menyeluruh di seluruh pulau, termasuk satu rangkaian lebuh raya ekspres. Sistem jalan raya awam dipermudah oleh perkhidmatan bas negara dan sebilangan syarikat pengendali teksi berlesen.
Sistem tren alihan massa utama negara, iaitu Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (Mass Rapid Transit, MRT) beroperasi sejak tahun 1987. Sistem MRT ini dilengkapkan lagi dengan Sistem Rel Ringan (Light Rail Transit, LRT) untuk memperluas capaian kepada kawasan perumahan. Sistem EZ-Link yang dilancarkan pada tahun 2001 membolehkan kad pintar tanpa sentuh berfungsi sebagai tiket nilai simpanan untuk digunakan dalam sistem pengangkutan awam di Singapura.

Pelancongan
Posted by
ite-latejaevent
/
Comments: (0)
Singapura ialah sebuah destinasi popular yang menyumbang kepada perkembangan industri Singapura. Jumlah kedatangan pelawat adalah 10.2 juta pada tahun 2007. Untuk menarik lebih ramai lagi pelancong, kerajaan memutuskan untuk menarik balik larangan berjudi dan membenarkan pembinaan dua tempat penginapan kasino yang dibangunkan di Marina South dan Sentosa pada tahun 2005.
Untuk menyaingi bandaraya-bandaraya serantau seperti Bangkok, Hong Kong, Tokyo dan Shanghai, kerajaan telah mengumumkan bahawa kawasan bandaraya diberi perubahan untuk menjadi sebuah tempat yang mengujakan dengan mencerahkan lagi bangunan awam dan perdagangan. Makanan juga dijadikan tarikan utama kepada pelancong dengan Singapore Food Festival yang diadakan setiap bulan Julai untuk meraikan masakan Singapura.
Singapura turut mempromosikan diri sebagai pusat pelancongan perubatan; kira-kira 200,000 warga asing menerima jagaan perubatan di sini setiap tahun. Perkhidmatan perubatan Singapura berazam untuk memberikan khidmat kepada sejuta orang pesakit menjelang tahun 2012 untuk menjana pendapatan AS$ 3 bilion. Kerajaan menyatakan bahawa ini boleh membuka kira-kira 13,000 peluang pekerjaan baru dalam industri kesihatan.

Mata Wang
Posted by
ite-latejaevent
/
Comments: (0)
Mata wang Singapura ialah dolar Singapura yang dilambangkan oleh S$ atau singkatan ISO-nya, SGD. Bank pusatnya ialah Penguasa Kewangan Singapura (Monetary Authority of Singapore) yang bertanggungjawab mengeluarkan mata wang. Singapura menubuhkan Lembaga Pesuruhjaya Mata Wang pada tahun 1967 untuk mengeluarkan wang syiling dan kertas pertamanya.
Dolar Singapura boleh ditukar setara dengan ringgit Malaysia sehingga tahunl 1973, tetapi masih mengekalkan kesalingbolehtukaran dengan dolar Brunei hingga kini. Pada 27 Jun 2007, sempena ulang tahun ke-40 perjanjian mata wang dengan Brunei, wang kertas peringatan S$20 dilancarkan; muka belakangnya seiras dengan wang kertas B$20 yang dilancarkan serentak dengan wang kertas Singapura itu

Hubungan Luar
Posted by
ite-latejaevent
/
Comments: (0)
Singapura menjalin hubungan diplomatik dengan 175 negara, namun tidak membuka suruhanjaya tinggi atau kedutaan di kebanyakan negara tersebut. Ia menganggotai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Negara-negara Komanwel, ASEAN dan Pergerakan Negara-negara Berkecuali. Atas sebab-sebab geografi yang nyata, hubungan dengan Malaysia dan Indonesia adalah penting sekali, tetapi politik dalam negara-negara tersebut boleh mengganggu hubungan tersebut.
Singapura juga menikmati hubungan erat dengan kebanyakan negara Eropah, seperti Perancis, Jerman dan United Kingdom. Singapura dan UK berkongsi pertalian menerusi Perjanjian Pertahanan Lima Negara bersama Malaysia, Australia dan New Zealand. Hubungan baik dengan Amerika Syarikat juga dikekalkan kerana negara besar itu dilihat sebagai kuasa penstabil yang mengimbang balas kuasa-kuasa serantau.
Singapura menyokong konsep regionalisme Asia Tenggara serta memainkan peranan besar selaku salah sebuah anggota perintis Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN). Ia juga menganggotai forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang membuka Sekretariat di Singapura. Singapura juga berhubungan erat dengan Brunei dan mengendali kemudahan latihan Angkatan Darat di situ.
Singapura adalah antara negara terawal yang menjalin hubungan rasmi dengan Republik Rakyat China setelah negara tersebut membuka pintunya pada tahun 1978. Kota singa ini mengiktiraf dasar Satu China yang dikuat kuasa oleh RRC dan menjalin hubungan perdagangan meluas bersama negara itu, biarpun pada masa yang sama menjalin hubungan dengan Republik China di Taiwan.

Tentera
Posted by
ite-latejaevent
/
Comments: (0)
Sungguhpun saiznya kecil, namun Singapura bermegah dengan salah sebuah angkatan tentera yang tercanggih di Asia Tenggara. Kementerian Pertahanan (MINDEF) bertanggungjawab menyelia Angkatan Bersenjata Singapura yang terdiri daripada Tentera Singapura, Angkatan Laut Republik Singapura, dan Angkatan Udara Republik Singapura, di samping beberapa kompeni sukarelawan persendirian yang memainkan peranan pembantu.
Angkatan bersenjata Singapura berperanan utama sebagai alat pencegahan penceroboh serta menyediakan bantuan kemanusiaan kepada negara lain. Singapura juga menjalin pakatan pertahanan bersama beberapa negara lain, khususnya Perjanjian Pertahanan Lima Negara. Singapura juga membuka tempat latihan yang menyeluruh di luar negara, di Amerika Syarikat, Australia, Republik China (Taiwan), New Zealand, Perancis, Thailand, Brunei, India dan Afrika Selatan.
Sejak tahun 1980, konsep dan strategi "Pertahanan Mutlak" (Total Defence) telah dilaksanakan dalam segala aspek keselamatan, bertujuan memperkuat Singapura untuk menghadapi segala jenis ancaman. Undang-undang Singapura mewajibkan setiap warganegara lelaki dan penduduk tetap (generasi kedua) Singapura yang tegap dan sihat untuk menjalani Khidmat Negara (National Service) selama dua tahun sekurang-kurangnya, sebaik sahaja mencecah usia 18 tahun atau menghabiskan pengajiannya (yang mana sahaja dahulu), tetapi boleh diberi pelepasan atas sebab-sebab perubatan atau lain-lain.
Selepas berkhidmat selama dua tahun, setiap warga lelaki dianggap sedia beroperasi, dan juga wajib menunaikan tanggungjawab sebagai perajurit simpanan sehingga usia 40 tahun (50 tahun untuk pegawai bertauliah). Warga yang sihat dari segi perubatan juga mesti menjalani Ujian Kecekapan Fizikal Individu (Individual Physical Proficiency Test, IPPT) setiap tahun dalam program latihan mereka. Lebih 350,000 orang lelaki berkhidmat sebagai perajurit yang sedia beroperasi yang ditugaskan kepada unit tempur simpanan, dan 72,500 orang lagi membentuk kor khidmat negara dan biasa. Kejadian pengganasan dan perang luar biasa yang makin menjadi-jadi telah menekankan lagi aspek pertahanan bukan tentera. Kontinjen Gurkha dalam Angkatan Polis Singapura, juga merupakan sebuah angkatan pencegah keganasan.
Pada tahun 1991, kejadian rampasan kapal terbang Penerbangan Singapore Airlines 117 berkesudahan dengan serbuan oleh Angkatan Operasi Khas Singapura (``Special Operation Forces``, SOF), diikuti kematian keempat-empat perampas tanpa kecederaan mana-mana penumpang atau anggota SOF. Antara yang merisaukan keselamatan negara ialah Jemaah Islamiyah, sebuah kumpulan militan Islamiah yang pernah cuba menyerang Suruhanjaya Tinggi Australia tetapi dipatahkan jua pada tahun 2001.
Sumber pertahanan Singapura pernah digunakan dalam misi bantuan kemanusiaan antarabangsa, termasuk tugasan pengamanan PBB di 11 negara lain. Pada September 2005, Angkatan Udara Republik Singapura menghantar tiga buah helikopter CH-47 Chinook ke Louisiana untuk membantu operasi bantuan Taufan Katrina. Ekoran kejadian tsunami Asia 2004, SAF menghantar kereta kebal dan helikopter untuk membantu operasi bantuan kepada negara-negara yang terjejas.

Demografi
Posted by
ite-latejaevent
/
Comments: (0)
Kependudukan Singapura mencatat peratusan warga luar negara keenam tertinggi di dunia. Kira-kira 42% penduduk Singapura adalah warga asing, dan warga asing mengisi 50% sektor perkhidmatan negara ini. Kebanyakan warga asing berasal dari China, Malaysia, Filipina, Amerika Utara, Timur Tengah, Eropah, Australia, Bangladesh dan India.
Negara ini juga adalah yang kedua paling padat dengan penduduk di belakang Monaco. Menurut statistik kerajaan, jumlah penduduk Singapura pada tahun 2009 adalah 4.99 juta, yang mana 3.2 juta adalah warganegara Singapura yang sebetulnya. Majoriti penduduk Singapura terdiri daripada kaum Cina iaitu 74.2% jumlah penduduk, diikuti Melayu 13.4%, India 9.2%, dan Serani, Arab dan lain-lain 3.2%.
Pada tahun 2009, jumlah kadar kesuburan Singapura adalah 1.22 anak per wanita (1.08 Cina, 1.14 India, 1.82 Melayu), ternyata jauh di bawah paras 2.10 yang diperlukan untuk menyilih penduduk secukupnya. Pada tahun 2008, 39,826 bayi dilahirkan di sini, berbanding sekitar 37,600 pada tahun 2005, namun bilangan itu tidak memadai untuk menampung pertumbuhan penduduk.
Untuk mengatasi masalah ini, kerajaan menggalakkan warga asing berhijrah ke Singapura. Keramaian penghijrah asing ini telah memastikan jumlah penduduk Singapura tidak merosot. Agama Buddha paling ramai penganutnya di Singapura, iaitu 42.5% penduduk negara yang mengaku sebagai penganutnya dalam banci terkini. Biara dan pusat Dharma dari ketiga-tiga aliran Buddha (Theravada, Mahayana dan Vajrayana) mudah terdapat di Singapura. Kebanyakan penganut Buddha di Singapura berketurunan Cina dan mengikut aliran Mahayana.

Pendidikan
Posted by
ite-latejaevent
/
Comments: (2)
Seperti juga di Malaysia, sistem persekolahan Singapura terdiri daripada enam tahun sekolah rendah, lima tahun sekolah menengah, dan peringkat pengajian tinggi, tetapi tidak mengamalkan sistem persekolahan vernakular. Bahasa Inggeris merupakan bahasa perantaraan semua sekolah di Singapura.
Para pelajar menghadiri sekolah rendah selama enam tahun mulai usia tujuh tahun, sehingga berakhir dengan peperiksaan Primary School Leaving Examination (PSLE). Sekolah rendah mengajar empat mata pelajaran teras, iaitu Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Bahasa Ibunda (Mandarin, Melayu dan Tamil). Semua mata pelajaran diajar dan diperiksa dalam bahasa Inggeris kecuali Bahasa Ibunda yang diajar dan diuji dalam bahasa masing-masing.
Biarpun "Bahasa Ibunda" secara umumnya memaksudkan bahasa pertama, namun dalam sistem pendidikan Singapura, istilah tersebut memaksudkan bahasa kedua atau tambahan kerana bahasa Inggeris merupakan bahasa pertamanya. Sekolah rendah awam tidak mengenakan yuran persekolahan, tetapi mungkin ada yuran tambahan nominal untuk kemudahan sekolah. Selepas sekolah rendah, pelajar biasanya menghadiri sekolah menengah selama empat hingga lima tahun.
Terdapat pelbagai subjek yang ditawarkan di sekolah menengah, termasuk bahasa Inggeris, bahasa ibunda, geografi, sejarah, matematik asas, matematik tambahan, kimia, fizik, biologi, bahasa Perancis dan bahasa Jepun. Seseorang pelajar lazimnya mengambil tujuh atau lapan mata pelajaran, tetapi tidak kurang juga yang mengambil lebih daripada lapan. Sekali lagi, semua mata pelajaran dalam sekolah menengah diajar dan diuji dalam bahasa Inggeris, kecuali bahasa ibunda iaitu dalam bahasa Melayu, Mandarin atau Tamil.
Pada akhir sekolah menengah, para pelajar mengambil peperiksaan Singapore-Cambridge GCE 'O' Level, yang mana keputusannya menentukan jenis laluan pendidikan pasca menengah yang boleh dikejar oleh mereka. Yuran sekolah di kebanyakan sekolah menengah awam adalah nominal, iaitu sekitar S$5 selepas subsidi.Namun, terdapat beberapa sekolah menengah swasta yang mengenakan yuran beratus dolar sebulan. Bukan semua pelajar menghadiri sekolah menengah. Ramai juga yang menghadiri institusi pendidikan vokasional seperti Institut Pendidikan Teknikal (ITE) di mana mereka mengejar sijil vokasional.
Ada juga yang menghadiri Sekolah Sukan Singapura atau sekolah yang ada “Integrated Programme”, di mana mereka memintasi peperiksaan Singapore-Cambridge GCE 'O' Level sepenuhnya. Selepas peperiksaan O Level yang diambil sekitar usia 16 tahun, para pelajar biasanya berdaftar dalam Kolej Rendah (Junior College), Institut Terpusat (Centralised Institute) atau Politeknik. Program dalam Kolej Rendah atau Institut Terpusat berkesudahan dengan peperiksaan GCE A Level selepas dua atau tiga tahun. Terdapat lima politeknik di Singapura, iaitu Politeknik Singapura, Politeknik Ngee Ann, Politeknik Temasek, Politeknik Nanyang dan Politeknik Republik. Politeknik di Singapura ini tidak menawarkan ijazah, sebaliknya pelajar politeknik mengejar diploma dalam tempoh pelajaran tiga tahun.
Terdapat lima buah universiti awam di Singapura: Universiti Kebangsaan Singapura, Universiti Teknologi Nanyang, Universiti Pengurusan Singapura, Universiti Teknologi dan Rekabentuk Singapura dan Institut Teknologi Singapura. Kerajaan telah membina banyak lagi universiti awam pada puluhan tahun lalu dengan harapan menyediakan peluang pendidikan tinggi kepada 30% setiap kohort.Kursus politeknik dan universiti dikendali dalam bahasa Inggeris sepenuhnya.
Banyak sekali universiti luar negara yang membuka kampus di Singapura. Antaranya ialah INSEAD, Sekolah Perniagaan Chicago, Universiti New York, Universiti Las Vegas, Technische Universität München, ESSEC dan lain-lain lagi

Bahasa
Posted by
ite-latejaevent
/
Comments: (0)
Kerajaan Singapura mengiktiraf empat bahasa rasmi, iaitu Inggeris, Melayu, Cina (Mandarin), dan Tamil.
Bahasa Inggeris adalah yang paling dominan di Singapura, tidak seperti negara jirannya di Malaysia dan Indonesia yang dikuasai oleh bahasa Melayu.
Bahasa Inggeris di Singapura ada pelbagai ragamnya, baik bahasa Inggeris piawai mahupun bahasa kriol berasaskan Inggeris yang dikenali sebagai “Singlish”.
Di kalangan rakyat Singapura, bahasa Inggeris paling ramai penuturnya, diikuti oleh bahasa Mandarin, Melayu dan Tamil. Ejaan dan perbendaharaan kata yang diterima guna berasaskan bahasa Inggeris British,tetapi ada sedikit kelainan, seperti kegunaan pants (dari Amerika, “seluar panjang”) yang jauh mengatasi trousers (dari British).Penggunaan bahasa Inggeris begitu meluas di Singapura selepas tahun 1965, sejak pelaksanaan bahasa itu sebagai bahasa perantara utama dalam sistem pendidikan Singapura. Di sekolah, anak-anak diwajibkan mempelajari bahasa Inggeris dan satu daripada tiga bahasa rasmi lain sebagai bahasa ibunda.
Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan atas sebab sejarah dan simbolik,dan menjadi bahasa pertuturan utama masyarakat Melayu Singapura. Bahasa Melayu digunakan dalam lagu kebangsaan, "Majulah Singapura", pencetakan duit syiling daan perintah tentera. Namun demikian, kira-kira 85% rakyat Singapura tidak berbahasa Melayu. Penggunaan Bahasa Mandarin juga meluas di Singapura, hasil kempen dan usaha awam tajaan kerajaan untuk menyokong penerimaan bahasa Mandarin sebagai ganti untuk loghat-loghat Cina yang lain.
Bahasa Tamil pula dipertuturkan oleh kira-kira 60% masyarakat India Singapura, atau 5% seluruh rakyat Singapura. Bahasa-bahasa India yang lain seperti Malayalam, Telugu dan Hindi turut digunakan oleh segelintir penduduk India di Singapura.

Budaya
Posted by
ite-latejaevent
/
Comments: (0)
Disebabkan kepelbagaian penduduk dan latar belakang penghijrahan, budaya Singapura sering diperikan sebagai campuran budaya, iaitu British, Melayu, Cina, India dan Peranakan. Warga asing membentuk 42% penduduk Singapura dan memainkan peranan besar dalam mempengaruhi budaya Singapura.
Masakan
Posted by
ite-latejaevent
/
Comments: (0)
Masakan Singapura merupakan satu contoh kepelbagaian dan pembauran kebudayaan negara yang meminjam pengaruh dari British, Cina, India, Melayu, dan Indonesia. Sajian Singapura biasanya terdiri daripada sate, nasi lemak, ketam cili dan nasi ayam Hainan.
Media
Posted by
ite-latejaevent
/
Comments: (0)
MediaCorp, syarikat media milik negara, mengendali ketujuh-tujuh saluran televisyen terestrial percuma tempatan, dan juga 14 saluran radio. Semua stesen radio dan televisyen merupakan entiti milik kerajaan.
Stesen-stesen radionya dikendali oleh MediaCorp kecuali empat buah yang dikendali oleh SAFRA Radio dan SPH UnionWorks.
Perkhidmatan televisyen berbayar kabel dan IPTV dimiliki oleh StarHub dan SingTel. Adalah salah di sisi undang-undang untuk memiliki penerima cakera satelit persendirian yang mampu menerima kandungan televisyen yang tak tertapis. Media cetak Singapura merangkumi sejumlah 16 surat khabar dan beberapa judul majalah yang berada di pasaran.
Akhbar harian diterbitkan dalam bahasa Inggeris, Cina, Melayu dan Tamil. Media cetak dikuasai oleh Singapore Press Holdings (SPH), penerbit berkaitan kerajaan yang terkenal sebagai pengeluar akhbar bahasa Inggeris harian terbesar, The Straits Times. SPH menerbitkan hampir semua suratkhabar harian tempatan, termasuk akhbar harian dwibahasa, My Paper yang diwar-warkan sebagai akhbar pertama di dunia yang memberikan liputan sama rata dalam bahasa Inggeris dan Cina. Kebanyakan akhbar ini ada versi Internetnya, tak kira The Straits Times, Business Times, mahupun Today (tabloid percuma dalam bahasa Inggeris terbitan MediaCorp).

Kesenian
Posted by
ite-latejaevent
/
Comments: (0)
Sejak 1990-an, kerajaan berusaha mempromosikan Singapura sebagai pusat kesenian dan kebudayaan, terutamanya seni persembahan, serta mentransformasikan negara menjadi 'pintu kosmopolitan antara Timur dan Barat'.
Antara hasil-hasil usaha tersebut termasuk pembinaan Esplanade, sebuah pusat seni persembahan berkelas tinggi yang dibuka pada 12 Oktober 2002.Selain itu, Singapore Arts Festival merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Majlis Kebudayaan Kebangsaan.
Bidang komedi berdiri juga semakin berkembang dengan adanya acara “open mic” mingguan. Singapura menjadi tuan rumah Pertandingan Balet Antarabangsa Genee 2009, sebuah kejohanan balet klasikal berprestij yang dipromosikan oleh Royal Academy of Dance, sebuah lembaga tarian antarabangsa yang bertapak di London, UK.

Sukan Dan Rekreasi
Posted by
ite-latejaevent
/
Comments: (0)
Penduduk Singapura paling menggemari sukan-sukan seperti bola sepak, bola keranjang, kriket, renang, berlayar, ping pong dan badminton.
Kebanyakan besar penduduk Singapura tinggal dalam kawasan perumahan awam yang dilengkapi kemudahan seperti kolam renang awam, gelanggang bola keranjang terbuka dan kompleks sukan tertutup yang berdekatan.
Seperti yang diharapkan di sesebuah pulau, sukan air memang diminati ramai, seperti berlayar, berkayak dan luncur air. Selam skuba juga menjadi rekreasi utama, terutamanya di sekitar Pulau Hantu di selatan tanah besar yang terkenal kerana kekayaan terumbu karangnya.